Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata
Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata
Pemergian pasangan guru yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 274, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman petang tadi mengundang rasa sayu orang ramai.
Menurut laporan Harian Metro, Arbain Baharudin, 47, dan isterinya Rosmayati Bakar, 48 maut di lokasi kejadian manakala anak mereka tiga anak mereka yang cedera dirawat di Hospital Kemaman.
Menerusi laman Facebook, beberapa kenalan terutama individu yang pernah menjadi anak didik pasangan tersebut memuat naik posting meluahkan rasa sedih atas pemergian kedua-dua mangsa.
Rata-rata mengucapkan takziah dan menitipkan al-Fatihah selain mengimbau semula kenangan sewaktu hayat suami isteri berkenaan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV Toyota Estima dipandu Arbain terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh pembahagi lebuh raya lalu terbalik.
Difahamkan, pasangan guru yang bertugas di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang itu tercampak lima hingga 10 meter dari kenderaan mereka dan disahkan maut di lokasi Banyak kenangan bersama arwah
Posting Komentar untuk "Pasangan guru maut kemalangan, bekas pelajar luah sedih hilang kata-kata"