“Kau Ingat Kau Bagus, Ingat Kau Cantik?” – Bekas Isteri Dedah Radhi OAG Maki Hamun Gara-Gara Enggan ‘Selfie’ Berdua
“Kau Ingat Kau Bagus, Ingat Kau Cantik?” – Bekas Isteri Dedah Radhi OAG Maki Hamun Gara-Gara Enggan ‘Selfie’ Berdua
Ujar Shaira, Radhi berkata “kau ingat kau bagus, kau ingat kau cantik” hanya kerana enggan berswafoto bersamanya di dalam kereta.
Dia yang ditemui Kosmo juga menceritakan secara lanjut tentang insiden itu di mana dia ke rumah Radhi untuk mengambil anak lelaki yang pada ketika berada di bawah jagaan bekas suami.
Shaira yang ditemani kakak, anak perempuan dan tiga anak buah kemudiannya terus turun ke lobi sebelum diminta Radhi untuk ke tepi kereta bagi membincangkan mengenai isu anak sebelum pulang.
Radhi kemudian mengajak saya untuk ‘selfie’ dalam kereta menggunakan telefon, saya cakap tak mahu ambil gambar macam tu, tak perlu nak peluk kerana sudah bercerai.
Kalau nak bergambar, ambil di luar kereta dan di situ permulaan Radhi marah. Dia jerit depan muka saya dan hambur kata kesat kerana marah.
Berikutan itu, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara setelah berlaku insiden tolak menolak dan pergaduhan.
Terdapat kesan lebam pada tangan akibat pergelutan antara dia dan Radhi namun mengakui ada memukul bekas suaminya untuk mempertahankan diri.
Sekadar info, Radhi dan Shaira mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad dan Nur Aisyah yang kini berusia enam dan tujuh tahun.
Posting Komentar untuk "“Kau Ingat Kau Bagus, Ingat Kau Cantik?” – Bekas Isteri Dedah Radhi OAG Maki Hamun Gara-Gara Enggan ‘Selfie’ Berdua"